Thursday, June 9, 2011

Pelaburan bijak


Ada sesiapa bagi tahu anda tak Emas Naik 50% setiap Tahun??!!!.... kalau tak ada kenapa??.... Sebab yang tahu nak kaya sorang2....Lihat jadual di bawah 5 tahun berturut2 emas naik 50% setahun... bererti anda semua rugi 258% dalam masa 5 tahun..kerana tak beli emas...


Business ini senang sahaja...anda cuma letak 1050 usd=RM3675

Contoh 1:

Angaplah anda ada sebuah rumah yang anda dapat sewa 0.1 oz=RM360 setiap bulan sampai 2015 dapat RM22,000..dan modal asal boleh ambil balik RM3600 lepas 2015..

Jumlah Pulangan lebih Kurang RM25,500.00 sampai 2015


Contoh 2:

Anda nak bayar bank RM360 kereta kancil selama 5 tahun...

letak 1 lot ..1000usd=RM3600 dan ambil pulangan setiap bulan RM360 sampai 2015 .. Bererti anda dapat kereta itu free .. dan boleh ambil balik RM3500 yang anda letak tadi...

tapi ada lagi duit minyak RM50-RM200 setiap minggu... atas duit RM3600 yang anda letak tadi.. melalui trading emas... di syarikat ini...

Kalau nak Bayar Rumah Dan Kereta 5 tahun letak 3 lot 3000usd=RM9,450 dapat bulan2.. RM1080 selama 5 tahun... bayak masalah boleh selesai... boleh bayar rumah dan kereta ...serta ada Extra duit minyak lagi bulan2 kat trading emas... ..dan modal asal boleh ambil balik bila2 masa...


Syarikat dah 11 tahun... Berpengalaman... ok lah sebab Syarikat melebihi 3 tahun Stabil... Pendek kata ..sesebuah syarikat ambil pekerja dah berpengalaman 3 tahun ..senang nak bagi arahan..



vgmc







Wednesday, May 5, 2010

VIP PLAN 20™ TOTAL FINANCIAL FREEDOM

MAXXIMUM
MATURE PLAN!
RM300, 000
At 20 Years Deposit

Maximize Potential With
UNLIMITED MEDICAL CARD
10%-15% RETURN*
RETURN* PROTECTION
TRUST NOMINATION
**TARGET RETURN IS BASE ON MATURITY YEARS

MEET OUR ELITE ADVISORS
MR.RAZAK HUSIN
017 6806955


Tuesday, April 6, 2010

RM50+ BOLEH BELI APA?

  • Sebuah plan lengkap perlindungan hospital dengan kad perubatan.
  • Tersedia dengan tanggungan bilik dan penginapan minimum dari rm150/hari
  • Manfaat rundingan doktor pakar
  • Kos rawatan di rumah RM3000
  • Elaun tunai harian RM45 (hosp.kerajaan)
  • Manfaat penjaga harian RM90
  • Had tuntutan tahunan dinaikkan ke RM 90,000 setahu
  • Rawatan kecemasan pesakit luar akibat kemalangan RM2000
  • Rawatan pergiian pesakit luar akibat kemalangan RM3000
  • Manfaat pemindahan kecemasan RM500,000
  • Manfaat dialysis buah pinggang RM80,000
  • Manfaat rawatan kanser RM112,500

DAN SEMUA INI UNTUK

UNLIMITED CLAIM

SEUMUR HIDUP ANDA…..!!!

HUBUNGI PERUNDING INSURANS CIMB, WA UNTUK MAKLUMAT LENGKAP



APA YANG SAYA PERLU TAHU??

  • Kos perubatan di Malaysia meningkat 6% setahun sedangkan simpanan naik 6%-9% sahaja setahun, bahaya tu..!!!
  • Rakyat Malaysia ramai, tapi tak ramai yang ada kad perubatan terutama orang melayu? terpaksa beratur panjang untuk dapatkan giliran rawatan, akhirnya mati sebelum dapat rawatan, sedih…!!
  • Ada yang dah beli kad rawatan (medical card) tapi terlpa yang kadnya dah habis limit? kan susah…!!
  • Duit yang disimpan berpuluh tahun boleh habis dalam masa sehari, tak percaya? kos pembedahan organ biasanya mencecah ratusan ribu? ada ke saya ratusan ribu? mmm…penat je simpan duit…!!
  • Kalau dah sakit baru nak beli medical card, jawapannya “ I am sorry..” polisi bank Negara kata, orang yang dah sakit tak boleh beli insuran, kesian…! pengajarannya, beli sebelum sakit…!!
  • Orang kata buat apa beli @ mahal sangat lah. saya jawab, murah ke nyawa anda? kalau murah berapa? saya nak beli…jangan marah ya…!!
  • Kad perubatan yang ditawarkan cimb-aia ini tiada had tuntutan seumur hidup, maknayan anda boleh claim berapa yang anda suka seumur hidup anda. sejuta? dua juta? saya kata, ha…ini barulah betul betul nak tolong…!!
  • Saya berhak dapatkan rawatan yang terbaik di Negara kelahiran saya, saya orang Malaysia, jadi saya layak dapat yang terbaik.

UNTUK MAKLUMAT LENGKAP DAN KHIDMAT RUNDINGAN. SILA HUBUNGI :-

EN.RAZAK HUSIN

017-6806955

Saturday, April 3, 2010

Melaburlah dalam CIMB Wealth Advisors pasti anda tidur dengan lena!

Bijak Menabung: Fahami makna saham amanah

BEKAS juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata: Mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. Sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ada risiko boleh diurus!

Risiko yang boleh diurus antaranya adalah pelaburan dalam saham amanah. Sejak memulakan ruangan ini Ogos tahun lalu, banyak pertanyaan saya terima sama ada berbentuk pesanan ringkas ataupun e-emel bertanyakan apakah itu saham amanah. Ramai yang membuat andaian saham amanah itu hanyalah saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Nasional (ASN) ataupun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tidak ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan institusi perbankan di negara ini turut menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana professional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung!

Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan mereka yang terbabit dalam bidang ini terutama perunding saham amanahnya perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FUMTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu ataupun syarikat ini, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil untuk menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM100, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan dalam pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam saham amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis saham amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal, dividen dan juga bonus. Kelebihan dana amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

Keupayaan mengeluarkan duit dalam tempoh lima hingga 10 hari waktu bekerja ini penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga dikehendaki baru boleh dijual.

Pelaburan saham amanah ini memang ada caj pengurusannya iaitu antara 0 hingga 6.5 peratus, namun bagi 15 dana teratas tahun lalu daripada Jun 2006 hingga Jun 2007, mampu memberi pulangan lebih 50 peratus setahun (sumber Bloomberg). Yang menarik antara 15 dana teratas itu, sembilan adalah daripada CIMB Wealth Advisors Bhd.

Jika ingin membuat pelaburan, sebenarnya mana-mana institusi pengurusan dana mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri dengan setiap dana itu mempunyai objektif pelaburan berbeza. Apapun jangan mudah terpedaya dengan laungan retorik ‘terbaik’ kerana berdasarkan analisis pelaburan, seperti pasaran saham setiap dana itu ada zaman turun-naiknya sendiri. Pelaburan dalam saham amanah itu perlukan kesabaran dan bukan bermatlamat untuk mendapat untung cepat.

Penting bagi pelabur untuk memahami apakah itu saham amanah dan mekanisme saham amanah itu sendiri. Sebelum membuat sebarang pelaburan, dapatkan maklumat lanjut terlebih dulu daripada perunding saham amanah bertauliah selain perkhidmatan sampingan lain yang ditawarkan. Pastinya anda tidak mahu pelaburan anda itu menyukarkan ahli keluarga membuat tuntutan tanpa penama pewaris dalam pelaburan. Justeru, buat pilihan bijak!
Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya.

Ingin melabur dalam CIMB Wealth Advisors? U guys can contact me on 0176806955.

Razak husin
Financial Consultant

KONSEP UNIT AMANAH

APA ITU DANA UNIT AMANAH ?

Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah.

BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.

BAGAIMANA PELABUR MENDAPAT UNTUNG?

Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.

Apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.

SIAPA MELABUR DALAM UNIT AMANAH?

Secara umumnya, unit amanah sesuai untuk pelabur yang tidak mempunyai masa atau peluang untuk melabur dan memantau prestasi pelaburan mereka secara kerap dan tetap. Melalui dana-dana yang disediakan, mereka mempunyai pilihan pelaburan yang lebih luas (untuk tujuan kepelbagaian pelaburan) dan, yang lebih penting, pengurus-pengurus profesional akan menguruskan dana-dana bagi pihak mereka.

Melabur dalam unit amanah adalah satu cara yang terbaik dan ideal untuk mendapatkan pulangan yang baik dalam jangka sederhana dan panjang berbanding simpanan tunai atau simpanan tetap (fixed deposit). Di samping itu, risiko juga adalah kurang berbanding melabur terus dalam saham atau bon, yang mana hanya boleh diperoleh melalui kepelbagaian portfolio yang benar-benar baik.

KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH

1. Pengurusan Dana Profesional

Pelaburan di dalam dana unit amanah diurusselia oleh pengurus dana profesional yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai ekonomi dan penyelidikan korporat dan mengenalpasti pelaburan yang berpotensi. Mereka mempunyai akses kepada pelbagai bahan-bahan ekonomi dan penyelidikan korporat.

2. Mempelbagai Peluang

Pelaburan di dalam dana unit amanah menyediakan peluang untuk melebarkan portfolio pelaburan melalui pelbagai jenis saham dan terbitan walaupun dengan modal yang kecil.

3. Memudahkan Transaksi

Menyediakan para pelabur dengan kaedah yang lebih mudah, lebih selesa dan bebas dari kerumitan untuk melakukan pelaburan saham berbanding memegang portfolio sendiri di pasaran saham.

4. Meminimakan Risiko

Mempelbagaikan portfolio melebarkan pendedahan para pelabur daripada risiko, menerusi keluasan portfolio saham dan derivatif, yang mana menawarkan pelbagai jenis risiko yang berbeza.

5. Kecairan

Pemegang unit boleh mencairkan kesemua atau sebahagian daripada unit-unit mereka pada bila-bila masa sepanjang hari perniagaan tanpa sebarang kesukaran.

6. Potensi Pertumbuhan Modal

Di dalam jangka panjang, pada amnya potensi pulangan melalui pertumbuhan modal dan pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank-bank. Oleh itu, pelaburan dalam unit amanah boleh digunakan untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak, persaraan atau menunaikan umrah dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing.

PERBANDINGAN DENGAN PELABURAN SAHAM & SIMPANAN DI BANK

a. Pelaburan Unit Amanah dan Pelaburan Saham

Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.

b. Pelaburan Unit Amanah dan Deposit di Bank

Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.